Berita

Pencapaian dalam Kesukaran Situasi Penularan Wabak, Jumlah Pinjaman yang Diluluskan Mencapai USD 1 Juta

LendInAsia berusaha untuk mengatasi kesan buruk wabak Covid-19 dengan mematuhi langkah pencegahan dan kawalannya. Pasukan projek LendInAsia yang bekerja dari rumah memberi tumpuan sepenuhnya untuk membangunkan sistem pengurusan pintarnya. Kegigihan ini adalah untuk memastikan bahawa projek-projek utamanya dapat berjalan dengan lancar dalam situasi mencabar ini dan ia dapat membantu transformasi dan pembangunan lestari industri pinjaman swasta.

Platform pinjaman yang LendInAsia membangun dan memberi sokongan teknologi terus dilancar atas talian. Mereka telah berjaya mengautomasikan permohonan, kelulusan dan pembayaran pinjaman mereka. Sebagai sebuah syarikat yang baru ditubuhkan lima bulan lalu, LendInAsia telah melancarkan semakin banyak sistem pengurusan pinjaman untuk platform-platform, dan jumlah pinjaman yang diluluskan oleh mereka telah mencapai sebanyak USD 1 juta sehingga bulan ini!

Menurut statistik dalaman, pembayaran pinjaman dibuat dalam purata masa 25 minit, ia bermaksud dana yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun bank peminjam dalam masa setengah jam. Justeru itu, platform pinjaman pintar LendInAsia mempunyai purata pemohon 2,000 orang dan 500 permohonan diluluskan; kadar kelulusan adalah setinggi 30%. Data yang kagum ini membuktikan bahawa LendInAsia merupakan pasukan sokongan teknikal yang paling cekap dan terpantas di Asia Tenggara pada masa ini.

Rantau Asia yang terjejas teruk oleh wabak Covid-19 sejak Januari tahun ini memaksa banyak negara menghentikan rancangan ekonomi mereka. Dalam situasi kekurangan aliran tunai dan standard pinjaman bank yang ketat, LendInAsia berazam untuk menyediakan aplikasi dan sokongan teknikal yang lebih maju kepada industri pinjaman swasta. Hal ini membantu perniagaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana serta keluarga mengekalkan kehidupan mereka dan mengurangkan kesan ekonomi terhadap kehidupan mereka dengan pinjaman mikro.